Esprit Rock

Dalam Malaysia

Dalam Malaysia, terdapat beberapa masalah yang menjejaskan kesepaduan dalam kepelbagaian. Masalah pertama adalah sistem pendidikan yang berbeza. Kebanyakan sekolah mengikut kaum telah dibina dalam negara kita. Hal ini telah menyebabkan kanak-kanak kurang berinteraksi dengan kawan yang berkaum lain dan juga kurang memahami adat resam mereka. Setiap sekolah mempunyai sistem pendidikan sendiri. Contohnya, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil menggunakan bahasa pengantar seperti Bahasa cina dan Bahasa tamil semasa mengajar manakala Bahasa Melayu bukan bahasa utama. Sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil juga hanya mempunyai sedikit bilangan murid melayu.
Seterusnya, sector ekonomi yang berbeza juga memberi kesan kepada kesepaduan antara kaum. Majoriti kaum cina menguasai sektor perdagangan dan perniagaan. Mereka juga menggunakan teknologi yang moden bagi menghasilkan produk mereka. Lain daripada itu, kaum india menguasai sektor perladangan di estet kelapa sawit atau getah. Manakala kaum melayu menguasai sektor pertanian di kampung-kampung mereka. Oleh sebab itu, negara kita telah berlaku masyarakat tidak seimbang dan menimbulkan masalah bergaduhan antara kaum kerana tidak keadilan.
Masalah lain yang dapat dikenalpasti ialah pemisahan tempat tinggal. Kaum cina, melayu dan india bertinggal di tempat yang berbeza. Mereka bertinggal secara kumpulan. Tamsilnya, kaum cina tinggal di bandar, kaum india tinggal di ladang dan juga kaum melayu tinggal di kampung. Maka, mereka tidak pernah berjiran dengan kaum lain. Oleh itu, mereka kurang bercampur gaul dan juga tidak memahami budaya dan adat resam antara mereka. Masih berlaku ketidakpercayaan antara kaum dalam negara kita. Antaranya adalah seperti kaum cina tidak ingin berjiran dengan kaum melayu atau india, kerana mereka rasa bahaya jika berlaku rompak atau curi barang.