Esprit Rock

Kemahiran Pengurusan kewangan dalam kalangan remaja adalah sangat penting untuk kesejahteraan kewangan mereka pada masa akan datang

Kemahiran Pengurusan kewangan dalam kalangan remaja adalah sangat penting untuk kesejahteraan kewangan mereka pada masa akan datang. Cara remaja menguruskan kewangan perlu dikenal pasti sama ada ibu bapa atau sesiapa sahaja bagi memastikan kedudukan kewangan tidak membimbangkan. Dalam menggunakan wang untuk membeli barangan keperluan dan kehendak remaja, remaja perlu mempunyai amalan pengurusan yang bijak terutama pengurusan kewangan. Hal ini kerana untuk menjamin sumber yang sedia ada, pelajar perlu mengunakan sebaik mungkin sumber kewangan bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
Menurut Abd. Rahim (2006), golongan remaja menyesuaikan dirinya dengan faktor persekitaran keluarga, persekitaran sosial dan budaya yang seterusnya akan mencorakkan perkembangan tingkah laku remaja itu sendiri. Jika remaja cenderung untuk berbelanja lebih. Ini akan menyebabkan tingkah laku pengurusan kewangan remaja membimbangkan dan seterusnya remaja akan terdedah dengan maklumat yang tidak sihat mengenai pengurusan kewangan dari media.
Remaja yang terdedah dengan maklumat tidak sihat perlu berusaha memikirkan jalan keluar bagi permasalahan yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. Kemahiran ini perlu diasah sejak remaja lagi supaya bersedia menyelesaikan masalah kewangan apabila dewasa kelak. Menurut Garman dan Forgue (2006), pengurusan kewangan yang baik akan melalui proses perancangan dan pelaksanaan. Oleh itu, golongan remaja yang biasa dengan kemahiran pengurusan kewangan berupaya untuk mengelak daripada mengalami masalah kewangan dan seterusnya dapat menguruskan perbelanjaan dengan baik pada masa hadapan.

x

Hi!
I'm Loren!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out