Esprit Rock

Sistem perundangan menjamin keharmonian hidup sesebuah masyarakat

Sistem perundangan menjamin keharmonian hidup sesebuah masyarakat. Masyarakat Melayu mempunyai peraturan hidupnya yang tersendiri. Peraturan yang dipersetujui bersama ini kemudiannya digubalkan menjadi undang-undang. Undang-undang ini pula dibahagikan kepada dua, iaitu undang-undang bertulis dan undang-undang tidak bertulis. Undang-undang tidak bertulis ini dikenali sebagai adat yang dibahagikan kepada dua, iaitu Adat Pepatih dan Adat Temenggung.
Adat pepatih diguna pakai oleh orang Melayu Minangkabau yang tinggal di Negeri Sembilan dan Naaning di utara Melaka. Musyawarah yang dihadiri oleh perwakilan semua suku merupakan asas bagi pentadbiran dan penyelesaian masalah. Di negeri Sembilan terdapat suku dan setiap suku dianggap sebagai sebuah keluarga yang besar.

Ahli dalam setiap suku tidak dibenarkan berkahwin dengan seseorang daripada suku yang sama. Setiap suku mempunyai seorang ketua adat yang dikenali sebagai Lembaga. Dalam sistem ini, ketua daripada pelbagai peringkat dilantik oleh kumpulan ketua daripada peringkat bawah. Contohnya, anak buah memilih buapak dan buapak pula memilih lembaga, seterusnya lembaga memilih undang dan undang memilih Yang Dipertuan Besar. Adat pepatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera. Adat Pepatih bersifat matrilineal, iaitu nasab keturunan mengutamakan jurai keturunan ibu. oleh itu, anak perempuan diberikan hak mewarisi harta.
Adat Temenggung berasaskan sistem patrilineal, iaitu lebih mementingkan jurai keturunan bapa. Dalam pembahagian harta pusaka, anak lelaki diutamakan mengikut hukum faraid dalam Islam. Dalam aspek perkahwinan, seseorang bebas mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihannya selagi tidak bertentangan dengan agama Islam. Adat Temenggung diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang memerintah Palembang di Sumatera. Pada asalnya adat ini dipengaruhi oleh ajaran hindu, tetapi kemudiannya telah disesuaikan dengan Islam oleh mazhab Shafie.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Undang-undang bertulis merupakan peraturan dalam sesebuah masyarakat, Contohnya hukum Kanun Melaka dan undang-undang Laut Melaka. Sebelum kedatangan Islam, orang Melayu berpegang pada perundangan hindu-buddha yang disesuaikan dengan adat resam tempatan. Aspek perundangan dalam tradisi hindu berpegang pada Hukum Kanun Melaka yang jelas membezakan jenis hukuman berdasarkan kelas seseorang itu. Kedatangan Islam telah mengubah keadaan dan konsep ini, dengan pelaksanaan undang-undang berasakan hukum Islam.

Profesor Ahmad Ibrahim mengatakan terdapat perundangan sebelum kedatangan British di Tanah Melayu, iaitu undang-undang Islam dan adat Melayu. Kehadiran Islam telah memperkembangkan undang-undang bertulis seperti yang dipaparkan oleh undang-undang laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Perjalanan pemerintahan dan pentadbiran berpandukan undang-undang ini. Hukum kanun Melaka mengandungi 44 Fasal yang menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar, serta pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat. Hukum Kanun Melaka juga menjelaskan hukuman terhadap kesalahan jenayah, undang-undang keluarga dan permasalahan ibadah serta jenis hukuman terhadap kesalahan tertentu.

Terdapat peraturan khas dalam aktiviti maritim dan perdagangan kerana kerajaan Melayu aktif dalam aktiviti tersebut. Peraturan tersebut dipaparkan dalam undang-undang Laut Melaka dan undang-undang pelabuhan di negeri Kedah. Kekuatan agama Islam dipaparkan dalam fasal-fasal dalam undang-undang itu, Contohnya undang-undang Laut Melaka menyentuh mengenai nakhoda yang diibaratkan sebagai imam semasa berada dalam kapal dan anak buah kapal diibaratkan sebagai makmum. Undang-undang bertulis menjadikan perjalanan masyarakat tersusun kerana segala perlakuan, tanggungjawab serta hukuman telah ditentukan. Undang-undang ini mengecualikan sultan daripada sebarang tindakan dan ini melambangkan kedudukan sultan sebagai kuasa tertinggi dalam kerajaan.

Kedatangan agarna Islam telah mempengaruhi sistem perundangan di Alam Melayu. Sistem perundangan tempatan turut mengalami perubahan seperti yang tercatat dalam Hukum Kilnun Melaka, Adat Pepatih dan Adat Temenggung. Undang-undang adat yang tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam dikekalkan. Contohnya hakim boleh menggunakan budi bicaranya sarna ada menjatuhkan hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja.

Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara sistem perundangan masyarakat Melayu juga berubah kepada sistem adat dan Islam. Contohnya Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka yang meliputi tanah, sungai, dusun dan setiap tanah jajahan takluk Melaka. Undang-undang Laut Melaka meliputi perusahaan perkapalan, perdagangan di laut dan di darat dan kegiatan yang berkaitan dengannya. Kedua-dua kumpulan undang-undang ini adalah didasarkan kepada hukum syariah dan juga hukum adat yang telah wujud sejak dahulu lagi
Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam dilanjutkan dalam pemerintahan Malaysia hari ini. Perlembagaan Malaysia menjadikan urusan Islam sebagai urusan negeri. Bidang kuasa tersebut sangat terbatas dan dinyatakan secara terperinci satu persatu. Manakala di peringkat negeri terdapat beberapa undang-undang yang telah dikuatkuasakan seperti undang-undang pentadbiran Islam, undang-undang mahkamah syariah, undang-undang pentadbiran keluarga Islam, undang-undang prosedur dan keterangan, undang-undang sivil, jenayah Islam dan lain-lain lagi.

Oleh kerana Hukum Kanun Melaka adalah undang-undang induk yang meliputi undang-undang lain di dalam negeri-negeri Melayu, amatlah tepat jika ianya dijadikan contoh tentang wujudnya pengaruh Islam dalam perundangan. Menurut beberapa orang sarjana barat seperti William R. Roff dan Alfred P. Rubin, Hukum Kanun Melaka atau Undang-Undang Melaka pada dasamya berasaskan Undang-undang Islam di samping berpegang kepada hukum akal dan hukum adat. Pendapat-pendapat tersebut adalah sejajar dengan perkataan-perkataan yang terdapat di dalam undang-undang tersebut antaranya menyebut, "…Mengikut hukum Allah, pada hukum Allah, menurut dalil al-Quran dan menurut amr bi al-ma’ruf wa nahyi’ani al-munkar". Terdapat juga undang­undang yang berhubung dengan jenayah, muamalah, kekeluargaan, keterangan dan acara yang berpandukan undang-undang Islam.

Pihak berkuasa British telah menasihat raja-raja Melayu agar membuat beberapa undang-undang bertulis dan undang-undang ini mengikut contoh undang-undang Inggeris secara langsung atau tidak. Dengan cara ini diadakan Kanun Jenayah (Penal Code), Enakmen Keterangan (Evidence Enactment), Enakmen Kontrak (Contract Enactment), Kanun Acara Sivil, (Civil Procedure Code) Kanun Acara Jenayah dan Enakmen Tanah (Land Enactment). Akibatnya bidang-bidang seperti bidang jenayah, kontrak, acara jenayah, acam sivil, keterangan dan tanah, undang-undang Islam dan undang-undang Melayu yang lama telah diketepikan dan undang-undang baharu yang mengikut prinsip-prinsip undang-undang Inggeris telah dikuatkuasakan.

Dengan nasihat pihak berkuasa British raja-raja Melayu telah mengadakan mahkamah dan hakim yang dilantik mengetuai mahkamah terdin daripada hakim-hakim British yang berpengalaman dalam undang-undang Inggeris. Apabila hakim-hakim itu menghadapi sesuatu masalah yang tidak boleh diselesaikan melalui undang-undang bertulis, mereka kerapkali memjuk kepada undang- undang Inggeris, kerana undang-undang itulah yang mereka ketahui dan fahami. Akibatnya kaedah undang-undang Inggeris tentang Tort dan Ekuiti diterima dan digunakan di negeri-negeri Melayu. Melalui cara perundangan dan keputusan para hakim – undang-undang Inggeris telah dimasukkan secara menyeluruh ke dalam undang undang di negen-negeri Melayu. Akhimya bolehlah dikatakan undang-undang Inggeris telah hampir mengambil tempat undang-undang Islam sebagai undang-undang negeri.

Keadaan seperti itu telah disahkan dan diperkukuhkan pula oleh undang-undang bertulis di negeri-negeri Melayu. Pada mulanya Enakmen Undang-undang Sivil 1937 telah dibuat di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Mengikut enakmen itu manakala tidak terdapat undang-undang di negeri-negeri Melayu yang boleh dikemukakan dalam mana-mana perkara, hendaklah mahkamah merujuk kepada undang-undang Inggeris yang berkuatkuasa di England pada tahun 1937. Enakmen itu telah diperluas ke Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pada tahun 1951, dan pada tahun 1956 pula ordinan yang baharu telah dibuat untuk menggantikan Enakmen Undang-undang Sivil 1937 itu.

Ordinan Undang-undang Sivil ini dikenakan ke seluruh Persekutuan Tanah Melayu. Seksyen 3 dalam ordinan itu memperuntukkan:
Kecuali ada peruntukan yang telah dibuat atau akan dibuat oleh undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaya, Mahkamah akan (a) di Malaysia Barat atau di sebarang bahagian daripadanya menguatkuasakan Common Law England dan peraturan-peraturan Ekuiti seperti yang ditadbirkan di England pada 7 April 1956.

Ordinan Undang-undang Sivil 1956 telah disemak semula pada tahun 1971 dan diperluas ke Sabah dan Sarawak dengan nama yang baru iaitu Akta Undang-undang Sivil, dan akta ini masih berkuatkuasa di Malaysia. Akibatnya, undang-undang yang kita terpaksa ikuti di Malaysia, kecuali jika ada undang-undang bertulis yang lain, ialah undang-undang Inggeris dan undang-undang Inggerislah yang menjadi undang-undang asas dan undang-undang negeri di Malaysia. Undang-undang Islam pada masa sekarang hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja dan dalam perkara-perkara yang terhad sahaja iaitu perkara-perkara bcrhubung dengan keluarga dan agama Islam dengan pengertian yang sempit.

Mengikut perlembagaan Malaysia agama Islam, undang-undang Islam dan Adat Melayu diletakkan di bawah kuasa negeri-negeri. Perenggan 1 dalam Senarai 2 – Senarai Negeri Jadual ke-9, Perlembagaan seperti yang berikut:
 
Hukum Syarak
Kecuali mengenai wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat, wakaf Islam dan takrif serta peraturan mengenai amanat khairat dan khairat agama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang tentang pemberian agama Islam dan khairat, yayasan, amanah khairat dan yayasan khairat yang dijalankan kesemuanya sekali dalam Negeri; adat istiadat Melayu; zakat, fitrah dan baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam; mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama Islam, terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, penyusunan dan cara bagi Mahkamah-mahkamah Syariah, yang akan mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam dan hanya tentang mana-mana perkara yang termasuk di dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang Persekutuan; mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut agama Islam; menentukan perkara-perkara hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu.

Oleh sebab kuasa dalam tangan negeri, dan-tiap negeri mempunyai enakmen yang tersendiri mengenai pentadbiran undang-undang Islam. Tiap-tiap negeri mempunyai Majlis Agama Islam dan Mahkamah-mahkamah Syariahnya sendiri. Sungguhpun pada dasarnya enakmen-enakmen itu boleh dikatakan sama, tetapi, terdapat juga beberapa perbezaan antaranya. Beberapa masalah juga timbul oleh kerana undang-undang itu tidak sama dan ditadbirkan di peringkat negeri sahaja. Kuasa yang diberikan kepada Mahkamah-mahkamah Syariah adalah terhad. Mahkamah Syariah "mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan in tetapi tidak mengenai mana-mana kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang Persekutuan .

Undang-undang yang mulai memberi kuasa itu ialah Akta Mahkamah Syariah (Bidang KuasaJenayah) 1965 dan mengikut Akta itu Mahkamah Syariah hanya berkuasa membicarakan perkara-perkara di mana hukuman yang boleh dikenakan tidak lebih dan enam bulan penjara atau denda tidak melebihi RM1000.OO. Akta itu telah dipinda pada tahun 1984 dan diperuntukkan Mahkamah Syariah berkuasa membicarakan perkara-perkara di mana hukuman yang boleh dikenakan tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5000.OO atau sebat tidak lebih enam sebat atau gabungan hukuman-hukuman itu (Akta Mahkamah Syariah Bidang KuasaJenayah 1965 (Akta 355).

Undang-undang yang dikenakan di Malaysia tidak semestinya undang-undang Islam yang asal akan tetapi boleh dipengaruhi dan diubah oleh undang-undang bertulis, keputusan-keputusan mahkamah dan Adat Melayu. Undang-undang bertulis, khasnya yang diperbuat sebelum merdeka, boleh mengetepikan undang-undang Islam. Sebagai contoh seperti yang diputuskan dalam kes Ainan lwn S’yed Abu Bakar (19391MLJ209). Soal yang timbul dalam kes itu tentang sah tarafnya seorang anak yang telah dilahirkan oleh ibunya selepas empat bulan dia berkahwin dengan seorang lelaki. Jika perkara itu dirujukkan kepada undang-undang Islam jelaslah anak itu tidak sah tarafnya. Akan tetapi dalam perkara tersebut terdapat seksyen 112 Enakmen Keterangan yang menganggap seorang yang dilahirkan pada masa ibunya telah berkahwin dengan seorang lelaki sebagai anak sah kepada lelaki itu. Dalam kes Ainan lwn Syed Abu Bakar mahkamah berpendapat bahawa undang-undang yang harus diikuti ialah Enakmen Keterangan dan bukan undang-undang Islam dan kerana itu diputuskan anak itu sah tarafnya.

Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen selepas Hari Merdeka tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan. Seperti yang telah disebutkan, pada amnya Parlimen tidak mempunyai kuasa membuat undang-undang mengenai undang-undang Islam (kecuali untuk Wilayah Persekutuan) dan undang-undang yang berhubung dengan undang-undang Islam hanya boleh diadakan dan dikuatkuasakan dengan persetujuan kerajaan negeni yang berkuasa. Contohnya Akta Penjagaan Kanak-kanak (Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 (Akta 351). Akta ini dibuat oleh Parlimen untuk menyelaraskan undang-undang mengenai hak kewalian dan jagaan seluruh Malaysia. Akan tetapi diperuntukkan juga bahawa akta itu tidak dikenakan kepada onang-orang Islam melainkan dengan syarat (a) akta itu diterima oleh Kerajaan Negeri, dan (b) mana-mana peruntukan dalam akta itu yang bertentangan dengan undang-undang Islam tidak dikenakan kepada orang Islam. Dalam kes Myriam lwn Mohamed Ariff (1971 1 MU 275: 3JH 35) seorang ibu menuntut hak penjagaan anak-anaknya iaitu seorang perempuan yang berumur lima tahun dan seorang lelaki berumur dua tahun. Dia telah diceraikan oleh suaminya dan selepas itu dia telah berkahwin dengan seorang lain. Pada masa pendaftaran perceraian kadi telah mencatatkan bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa anak-anak itu diserahkan kepada ayahnya.

Hakim yang arif dalam kes itu memutuskan bahawa dia harus mengikut Akta Penjagaan Kanak-kanak yang mengarahkan mahkamah memandang kepada kepentingan anak-anak yang berkenaan dalam memutuskan perkara penjagaannya. Beliau berpendapat bahawa peruntukan itu tidak bertentangan dengan undang-undang Islam, sungguhpun dalam undang-undang Islam ada disebutkan bahawa seorang ibu yang telah berkahwin dengan orang lain dengan sendirinya hilang hak penjagaannya. Dalam undang-undang Islam pun, kata beliau, perkara yang harus diberi pertimbangan ialah kepentingan anak-anak itu. Berhubung dengan kes ini, memandangkan kepentingan anak-anak itu beliau telah memutuskan memberi hak penjagaan anak lelaki berumur dua tahun kepada ibunya dan menetapkan anak perempuan di bawah jagaan ayahnya.

Contoh undang undang
Undang-undang bertulis merupakan peraturan atau hukum dalam sesebuah masyarakat seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka, dan sebagainya. Ajaran Islam diserapkan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran Melaka. Walaupun tidak mengikut 100% undang-undang Islam tetapi terdapat pengaruh Islam di dalamnya. Hukum Kanun Melaka hanya 40.95% hukum Islam manakala Undang-undang Laut Melaka hanya satu dari 25 fasal mengikut hukum Islam sebenar. Undang-undang Melaka ini berasaskan 2 peraturan iaitu peraturan adat dan peraturan agama. Peraturan adat berlandaskan Adat Temenggung manakala agama berlandaskan mazhab Syafie.

Undang-undang yang terdapat di Melaka seperti Hukum Kanun Melaka dikenali juga dengan Undang-undang Darat Melaka atau Risalah Hukum Kanun. Hukum Kanun Melaka ini mempunyai 44 fasal dan berkuatkuasa di seluruh Melaka serta kawasan takluk jajahannya. Antara kandungannya yang terpenting ialah merangkumi tanggungjawab raja dan pembesar, pantang larang di kalangan anggota masyarakat, perlaksanaan hukuman kesalahan jenayah dan awam, undang-undang keluarga, permasalahan ibadat dan muamalat serta hukum perhumaan. Undang-undang Islam yang terdapat di dalamnya secara jelas ialah undang-undang keluarga. Dalam hal ini terdapat pencampuran antara hukum adat dan hukum syara’. Contohnya, kesalahan jenayah membunuh sering ada pilihan antara hukum adat dengan hukum syara’.
Dalam fasal 14.2 sesiapa yang bersabit dengan pembunuhan, hakim mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada hukum adat atau syara’ yang harus digunakan ke atas pesalah. Dalam hukum kanun Melaka ini juga terdapat perbezaan antara kelas bangsawan (raja), orang merdeka dan hamba ini bertentangan dengan hukum Islam. Walaupun terdapat kepincangan, terdapat juga perundangan yang mengikut hukum syara’ antaranya ialah perwalian seseorang perempuan (Fasal 25.1), syarat sah ijab kabul dalam perkahwinan (Fasal 25.2), hukum dan syarat saksi dalam pernikahan (Fasal 26), hukum-hukum tentang penceraian dan perpisahan antara suami dan isteri (Fasal 27-28), hukum riba (Fasal 30) dan hukum jual beli (Fasal 31.1 – 31.3). Selain itu, terdapat juga beberapa fasal yang lain yang jelas menampakkan hukum syariah di dalamnya.

Manakala bagi Undang-undang Laut Melaka, hanya 1 fasal sahaja yang mengandungi hukum syara’ iaitu tentang zina dan yang lain adalah hukum adat. Walaupun hukuman kesalahan zina dalam Undang-undang Laut Melaka lebih kurang sama dengan Hukum Kanun Melaka tetapi ia tiada alternatif dengan hukuman adat. Di samping itu, hukuman sebatnya juga berbeza. Dalam Hukum Kanun Melaka hukuman sebatnya ialah 80 kali manakala Undang-undang Laut Melaka ialah 100 kali. Walaupun hukum Islam sepenuhnya tidak dijalankan di Melaka tetapi hukum tersebut memang disedari oleh rakyat Melaka ketika itu. Para kadi dan undang-undang Islam telah memainkan peranan penting dalam pentadbiran negeri Melaka.

 
1.3.2 Kedah
Seterusnya, Undang-undang Kedah terdiri daripada beberapa bahagian. Bahagian pertama memperkatakan tentang undang-undang pelabuhan yang berkaitan dengan perdagangan sama ada dalam atau luar negeri. Bahagian kedua dikenali sebagai Tembera Dato’ Seri Paduka Tuan atau Undang-undang Seri Paduka Tuan. Ia mengandungi 16 fasal yang menumpukan perhatian kepada hukum-hukum bagi kesalahan mencuri, berjudi, berlaga ayam, menghisap candu, minum arak dan lain-lain.
Bahagian ketiga pula menerangkan tentang undang-undang dan peraturan dalam istana termasuk adat-istiadat, larangan-larangan yang mesti dipatuhi oleh rakyat, hak-hak istimewa golongan raja serta bidang kuasa seseorang pegawai yang dilantik. Bahagian keempat agak bercampur-aduk kerana berbagai-bagai perkara dimasukkan ke dalam bahagian ini. Ia termasuklah tentang bunga mas, alat kebesaran masa pertabalan, adat meminang diraja, perihal tugas dan tanggungjawab pembesar negeri dan lain-lain.

Bahagian yang lain terdiri dari satu perenggan undang-undang yang diberi nama Undang-undang 1199 Hijrah. Sebenarnya, undang-undang ini berkaitan dengan harta benda. Terdapat peruntukan-peruntukan berkaitan hamba sahaya, orang merdeheka, tanah bendang, tanah kampung, tanah dusun, gajah dan kerbau. Undang-undang ini hanya dilaksanakan setelah 30 tahun diperkenalkan. Secara keseluruhannya wujud persamaan antara Undang-undang Kedah ini dengan Hukum Kanun Melaka iaitu pengaruh Islam dalam Undang-undang Kedah.
Antaranya ialah penentuan tarikh, undang-undang yang disuruh buat oleh raja adalah untuk negeri Islam, terdapat peruntukan memberi kuasa kepada syahbandar dan mata-mata menangkap pesalah dan dihukum dengan takzir raja, orang yang makan di khalayak pada bulan puasa ditangkap dan diberi makan rumput di hadapan balai atau dipukul atas kadarnya, hukum berkaitan jual beli, timbang-menimbang dan sukat-menyukat hendaklah sama berdasarkan nas “aufu mikyala wal mizana”, menjelaskan peranan masjid, segala hukum bersesuaian dengan Islam dan diberitahu kepada rakyat setahun sekali, sebutan tentang “tanah mati” yang menjadi hal Allah taala dan seterusnya menjadi hak raja, disebut empat syarat raja-raja iaitu; manis mukanya sentiasa bertitah pada segala hamba yang di bawahnya, titah tiada boleh berubah-ubah, kerja kebajikan disuruh segera kerjakan tiadalah kejahatan, kerja kejahatan disuruh beri jadikan kebajikan.
Selain itu, terdapat juga hukum-hukum bagi kesalahan membunuh, qazaf, mencuri, pinjam-meminjam matrimoni, khiar, talak, berniaga yang haram, ikrar, murtad, syarat menjadi saksi dan hukum bersumpah yang selaras dengan hukum Islam.

 
1.3.3. Pahang, Terengganu dan Acheh
Undang-undang Pahang pula merupakan perlembagaan negeri itu sejak tahun 1592, Pahang diisytiharkan sebagai Dar al-Islam dengan Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah (1592-1614) sebagai Khalifah. Undang-undang Pahang menggunakan hampir sepenuhnya peraturan berdasarkan hukum Islam. Daripada 68 fasal semuanya, 42 fasal merupakan terjemahan daripada undang-undang fiqh mazhab Shafi?e. Menurur pendapat W.Linehan, selepas tahun 1450-an Masihi, agama Islam dijadikan agama rasmi di negeri itu. Berpandukan kepada fakta sejarah bahawa penerimaan agama Islam di Pahang, dikatakan berlaku abad ke-15 Masihi atau lebih tepat selepas negeri itu ditakluki oleh Melaka.

Kedatangan agama Islam telah mempengaruhi sistem perundangan di Tanah Melayu. Sistem perundangan tempatan turut mengalami perubahan seperti yang tercatat dalam Hukum Kanun Melaka, Adat Pepatih dan Adat Temenggung. Undang-undang adat yang tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam dikekalkan. Contohnya, hakim boleh menggunakan budi bicaranya sama ada hendak menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pesalah yang melakukan kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja. Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara, sistem perundangan masyarakat Melayu juga berubah kepada sistem adat dan Islam. Contohnya, Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka yang meliputi tanah, sungai, dusun dan setiap tanah jajahan takluk Melaka. Undang-undang Laut Melaka meliputi perusahaan perkapalan, perdagangan di laut dan di darat dan kegiatan yang berkaitan dengannya. Kedua-dua kumpulan undang-undang ini adalah didasarkan kepada hukum syariah dan juga hukum adat yang telah wujud sejak dahulu lagi.

Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam dilanjutkan dalam pemerintahan Malaysia hari ini. Perlembagaan Malaysia menjadikan urusan Islam sebagai urusan negeri. Bidang kuasa tersebut sangat terbatas dan dinyatakan secara terperinci satu persatu. Manakala di peringkat negeri terdapat beberapa undang-undang yang telah dikuatkuasakan seperti undang-undang pentadbiran Islam, undang-undang mahkamah syariah, undang-undang pentadbiran keluarga Islam, undang-undang prosedur dan keterangan, undang-undang sivil, jenayah Islam dan lain-lain lagi. Oleh kerana Hukum Kanun Melaka adalah undang-undang induk yang meliputi undang-undang lain di dalam negeri-negeri Melayu, amatlah tepat jika ianya dijadikan contoh tentang wujudnya pengaruh Islam dalam perundangan. Menurut beberapa orang sarjana barat seperti William R. Roff dan Alfred P. Rubin.

x

Hi!
I'm Loren!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out